Sabtu, November 11, 2006

Tempat Melancong

Budaya
Muzium Islam Melaka

Muzium Islam Melaka terletak di Jalan Kota, hanya beberapa minit berjalan kaki dari The Stadthuys. Di hadapannya adalah Ibupejabat Polis Kontinjen Negeri Melaka.

Muzium ini terletak di bangunan tiga tingkat yang dibina pada tahun 1850 untuk mencatat pembangunan Islam di Semenanjung dan di rantau Asia Tenggara. Bangunan ini telah diwartakan sebagai antikuiti oleh Akta Antikuiti 1976.

Di Muzium ini, terdapat 8 buah ruang pameran, setiap satunya mempunyai tema tersendiri. Bahan pamerannya yang disusun mengikut kronologi memberi pelawat perspektif ringkas tentang kedatangan Islam di Melaka dan bagaimana ia tersebar ke seluruh negara. Ia juga menunjukkan hubungan Melaka dengan pusat Islam yang lain seperti China, India, negara-negara Arab dan Asia Tenggara.

Di antara bahan pameran yang ada disini termasuk kitab suci Al-Quran yang bersaiz besar dimana setiap hurufnya adalah sebesar empat hingga lima inci. Juga terdapat salinan Al-Quran dalam bahasa Mandarin dan juga Al-Quran yang ditulis dengan tangan serta buku-buku yang diterbitkan mengenai Islam.

Di salah sebuah ruang pameran ini terdapat artifak Islam seperti kotak mempamerkan keris yang diukir dengan ayat-ayat suci Al-Quran, wang syiling dan senjata yang diukir dengan kaligrafi khat dan ayat-ayat suci Al-Quran.

Terdapat juga pinggan porselin dari Belanda yang diukir dengan tulisan islamik yang menceritakan tentang pendudukan Belanda di Melaka.

Di ruang pameran lain, terdapat lukisan masjid-masjid yang ada di Melaka termasuk Masjid Peringgit yang dibina pada tahun 1720.

Turut dipamerkan di sini ialah seni ukiran kayu yang menonjolkan kehalusan kaligrafi Islam yang memberi bukti bahawa kemahiran pengukir-pengukir Islam pada masa dahulu. Berdiri megah di kawasan muzium ini adalah batu bersurat yang ditulis dalam bahasa Arab yang menceritakan bahawa agama Islam merupakan agama rasmi seorang pemimpin Melayu di semenanjung pada abad ke-13. Banjir besar telah menemukan batu yang mempunyai ketinggian dua kaki di satu tempat hampir 32 batu daripada Kuala Terengganu pada tahun 1902. Sebuah batu bersurat lagi telah di temui di Pasai, Aceh yang dikatakan merupakan batu nesan pemimpin Islam iaitu Sultan Malik Al' Salih yang telah mangkat pada tahun 1297.

Kenderaan Awam
Bas Bandar No 17
Bas Syarikat Kenderaan Aziz (SKA)
Teksi dan beca

Waktu Beroperasi
Ditutup pada hari Isnin

Muzium Islam Melaka
Perbadanan Muzium Melaka
Jalan Kota, 75000 Melaka

Tel: 06 282 2973
Faks: 06 282 6745
Emel: admin@perzim.gov.my
www.perzim.gov.my

Posted by Nananging Jagad at 08:01:25 | Permanent Link | Comments (10) |
Komentar
1 - Wah...sekilas tampak depan muziumnya mirip Sam Poo Kong Smg tmpt Laksamana Cheng Ho menyebarkan Islam yee....
Eh nitip slm skln u encik Siti...cintaku bukan diatas kertas..... (Comment this)

Ditulis oleh: D-Ajeng at 2006/11/13 - 12:11:19
2 - nampaknya indah nian negeri di jiran sana. saya jadi pengin ikutan melancong ndoro... (Comment this)

Ditulis oleh: bangsari at 2006/11/13 - 18:08:46
3 - wah, masih melancong terus bos... :P (Comment this)

Ditulis oleh: bagonk at 2006/11/13 - 22:52:24
4 - wah ... kok laporane koyo kopi-paste brosur ... :) (Comment this)

Ditulis oleh: bahtiar at 2006/11/14 - 08:32:24
profile
5 - D-Ajeng, Dulunye Laksamana Cheng Ho bertandang singgah di Melaka, sebelum bersampan ke Indonesye... (Comment this)

Ditulis oleh: Nananging Jagad at 2006/11/14 - 18:42:43 in reply to: 1
profile
6 - Itulah Ndoro, di sini nasionalisme, semangat, jiwa dan tentunya nilai kaidah norma dan kearifan lokal senantiase di pelihara cermat olih kerajaan....dan itulah suatu diferensiasi produk jasa pelancongan yang diminati sekalian manusye penjuru dunia. (Comment this)

Ditulis oleh: Nananging Jagad at 2006/11/14 - 18:45:47
profile
7 - Ya nih Kang, Sabtu depan baru dikenaken boleh pulang nih awak. (Comment this)

Ditulis oleh: Nananging Jagad at 2006/11/14 - 18:47:34
profile
8 - Yang ini memang special kes Kang, kerena awak tak punya waktu barang sesaat tuk posting. (Comment this)

Ditulis oleh: Nananging Jagad at 2006/11/14 - 18:49:22
9 - Waduhh melancong neng Malesya ... tapi gak sewengi koyok lagu. Apalagi poto2ne akeh ... sip (Comment this)

Ditulis oleh: Moes Jum at 2006/11/16 - 00:49:59
profile
10 - baguuuuus...wah makasih nang, berarti aku ada referensi ni untuk jalan-jalan..:) (Comment this)

Ditulis oleh: ulin at 2006/11/21 - 08:52:28
Tulis komentar